Senin, 03 Maret 2014
PAS Minta Jangan Bertindak Melampau

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap sebarang saranan supaya gelaran Sasterawan Negara yang diberi kepada Datuk A.Samad Said ditarik balik sebagai satu tindakan melampau.
Beliau mendakwa, alasan A.Samad membaca puisi berhampiran bendera bukan Jalur Gemilang baru-baru ini tidak dapat diterima untuk membolehkan gelaran Sasterawan Negara beliau ditarik balik.
:Apakah dengan membawa bendera lain dianggap hina bendera negara. Banyak perhimpunan yang membawa pelbagai bendera negara lain dan bukan bermakna menghina bendera negara sendiri.
“PAS melihat ada pihak yang semakin rancak bertindak melampau terhadap Sasterawan Negara ini pada waktu ini,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Tuan Ibrahim mendakwa, pihak terlibat tidak boleh mengenepikan segala sumbangan A.Samad dalam memartabatkan kesusasteraan Melayu selama ini hanya kerana mereka berbeza haluan.
Dakwanya, A.Samad kini terkenal sebagai hero dalam golongan muda kerana kekentalannya dalam memperjuangkan prinsip tanpa gentar dan takut walaupun pada usianya.
Beliau turut mempertikaikan tindakan pihak polis menahan A.Samad baru-baru ini sedangkan dialog, perbincangan dan pelbagai medium boleh diguna bagi menjernihkan isu yang timbul membabitkan Sasterawan Negara tersebut.
A. Samad ditahan di rumahnya di Pangsapuri Bangsar Utama di sini pada 4 September lalu bagi membantu siasatan kes mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada sambutan ambang merdeka baru-baru ini.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar